Kajian Potensi Penggunaan Aplikasi Mudah Alih Classification Of Accounts App Dalam Pendidikan Perakaunan
Abstract
Keperluan dalam pembelajaran perakaunan untuk mengkategorikan perakaunan bagi Aset, Liabiliti, Hasil, Belanja dan Ekuiti Pemilik amatlah diperlukan dalam penentuan klasifikasi akaun. Ianya penting bagi individu yang berkepentingan untuk memahami dan mencatat rekod-rekod perakaunan. Classification of Accounts App (COA App) merupakan aplikasi capaian mudah alih yang direkabentuk dan dibangunkan dalam bidang perakaunan bagi penentuan klasifikasi akaun. COA App dibangunkan menggunakan Aplikasi Wix berasaskan Model ADDIE. Kajian dilaksanakan bagi menilai kebolehgunaan dan impak penggunaan COA App dalam pembelajaran perakaunan di kalangan pelajar Kolej Komuniti Pasir Gudang yang terdiri dari kalangan peserta kursus pendek UBS Accounting dan pelajar Sijil Pengoperasian Perniagaan. Kajian dilaksanakan ke atas keseluruhan 22 responden yang menggunakan COA App di Kolej Komuniti Pasir Gudang. Penilaian COA App dilaksanakan melalui kaedah tinjauan dengan menggunakan soal selidik berskala Likert empat pilihan. Hasil analisis dapatan kajian menunjukkan bahawa COA App mempunyai kebolehgunaan dari aspek mudah digunakan, boleh digunakan tanpa bantuan orang lain , memaparkan maklumat yang segera, masa yang singkat untuk dikuasai , boleh memilih sub topik pada bila-bila masa, kebebasan meneroka maklumat dan dan keluar dari aplikasi pada bila-bila masa. Bagi impak penggunaan COA App ini, ianya menjimatkan masa penggunaan serta kos perbelanjaan, membantu mengenal klasifikasi akaun dan membantu penyediaan perakaunan lebih mudah. Implikasi kajian ini menunjukkan bahawa penggunaan aplikasi mudah alih memberikan potensi yang positif dalam aspek kebolehgunaan serta impak penggunaannya kepada pengguna dan juga sesuai digunakan oleh mereka yang terlibat dengan perakaunan keusahawanan sukan untuk kajian akan datang.
Kata Kunci : Penentuan Klasifikasi Akaun, Model ADDIE, Aplikasi Mudah Alih, Revolusi Industri 4.0
Downloads
Published
Issue
Section
License
Unit Penyelidikan, Inovasi dan Komersialan
POLIMAS