Pembangunan Alat Bahan Pembelajaran Lukisan Kejuruteraan ‘Orthographic Projection Box’

Authors

  • Siti Arfah Binti Abd Jalil
  • Zafarida Binti Kadir
  • Normawar Binti Ali

Abstract

Lukisan kejuruteraan adalah satu mata pelajaran asas yang penting kepada pelajar kejuruteraan dan merupakan bahasa grafik yang digunakan dalam mentafsir lukisan teknikal. Lukisan kejuruteraan mestilah mudah, tepat dan jitu. Lukisan kejuruteraan ini adalah permulaan sebelum sesuatu produk dibina, bagi membantu menentukan tahap kesesuaian dan kepenggunaan produk sebelum dibangunkan. Dalam topik unjuran ortografik, ramai di kalangan pelajar sukar memahami konsep dan pandangan dari sudut visualisasi tentang kaedah menghasilkan pandangan lukisan tersebut. Oleh itu, satu alat inovasi bantu mengajar dibangunkan bagi meningkatkan kefahaman pelajar dalam topik unjuran ortografik dalam Kursus Lukisan Kejuruteraan (DJJ1012) di politeknik. Produk ini juga dilengkapi dengan modul yang menggunakan QR ‘Codes’. Alat yang dinamakan ‘Orthographic Projection Box’ ini terdiri daripada kotak berbentuk segiempat sama yang menggunakan perspek dan blok model kayu tiga dimensi. Produk ini dapat membantu memudahkan pelajar memahami konsep dan pandangan sudut visualisasi dalam topik unjuran ortografik. Ia juga sangat fleksibel dan memudahkan pensyarah dan pelajar untuk membawanya  ke mana sahaja. Selain itu, blok model tiga dimensi ini boleh ditukar-tukar bagi memberi penekanan terhadap konsep lukisan orthografik sukuan pertama dan ketiga. Oleh itu, lukisan unjuran ortografik ini adalah penting dalam sesebuah proses kejuruteraan. Penghasilannya membantu pereka sesuatu produk membayangkan rupa awalan produk tersebut dan dapat mengetahui tahap fizikal dalam bentuk lukisan kejuruteraan.

Kata Kunci :alat bantu mengajar; unjuran ortografik ; lukisan kejuruteraan

Downloads

Published

2019-12-13

Issue

Section

Engineering (Civil, Electrical,Mechanical)