Tenaga Boleh Diperbaharui Bagi Penjanaan Tenaga Elektrik di Malaysia: Satu Kajian Literatur

Authors

  • Hamidah Haneym Binti Abdul Hamid
  • Ismawati Binti Zakaria
  • Mohd Shukor Bin Othman

Abstract

Kajian ini membincangkan perkembangan tenaga boleh diperbaharui dalam proses penjanaan tenaga elektrik di Malaysia. Tenaga  boleh diperbaharui merupakan satu bentuk tenaga daripada  sumber semulajadi seperti hidro , angin , solar  , ombak , geoterma ,biojisim,biogas  dan lain-lain lagi . Sumber tenaga ini boleh digunakan untuk menggantikan sumber tenaga tidak boleh diperbaharui. Seperti diketahui penjanaan tenaga elektrik dunia kebanyakannya menggunakan sumber tenaga tidak boleh diperbaharui (bahan api fosil iaitu arang batu, gas asli dan diesel). Menurut statistik Agensi Tenaga Antarabangsa terdapat kira-kira 909 000 juta tan arang batu di dunia yang dapat bertahan selama 155 tahun  tetapi ia  semakin berkurang disebabkan peningkatan penggunaan arang batu adalah sebanyak 5% setahun ,secara tidak langsung tempoh tersebut akan dikurangkan kepada 45 tahun iaitu sehingga 2051.  Sumber tenaga tidak boleh diperbaharui ini lama kelamaan akan habis digunakan kerana ia adalah terhad. Manakala penggunaan sumber tenaga boleh diperbaharui adalah lebih baik serta ianya tidak akan habis. Selain itu juga ia tidak menghasilkan gas rumah hijau dan tidak mencemarkan alam sekitar, ia adalah sumber tenaga yang bersih. Objektif kertas kerja ini adalah untuk membincangkan perkembangan sumber tenaga yang boleh diperbaharui di Malaysia terutama sekali dalam penjanaan tenaga elektrik. Tenaga elektrik memainkan peranan yang penting dalam proses pembangunan, pertumbuhan, perindustrian dan perbandaran sesebuah negara. Permintaan tenaga elektrik sentiasa meningkat untuk memenuhi keperluan hidup masyarakat Malaysia yang semakin berkembang.

 

Kata kunci:   tenaga elektrik, gas asli, hidro, sumber tenaga boleh diperbaharui.

Downloads

Published

2019-12-13

Issue

Section

Engineering (Civil, Electrical,Mechanical)