Transformasi Kokurikulum Berkredit Politeknik Malaysia
Abstract
Kokurikulum di politeknik adalah wadah pelengkap kepada pengalaman pembelajaran penuh yang dijalankan di luar bilik kuliah. Aktiviti kokurikulum dijalankan secara terancang dan sistematik bagi menyediakan peluang menambah, memperkukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang telah dipelajari di bilik kuliah. Kokurikulum politeknik sejak penawarannya pada tahun 1996 perlukan nafas pembaharuan menjadikannya sentiasa releven, memberikan nilai tambah dan kebolehpasaran mahasiswa. Pelan transformasi kokurikulum berkredit politeknik dirancang selanjutnya dijelmakan pada tahun 2014 menyahut cabaran pembaharuan dan penambahbaikan kualiti secara berterusan (Continuous Quality Improvement - CQI). Penelesaiannya 3 laluan dibangunkan Laluan 1 - Sukan, Laluan 2 - Kelab Persatuan dan Laluan 3 - Unit Beruniform. Penawaran tiga laluan baharu ini memberikan impak positif kearah menjadikan mahasiswa lebih terampil dan menguasai kemahiran masing-masing disamping memberikan peluang kepada mahasiswa dan pensyarah mendalami ilmu kesukarelawanan, kepegawaian dan kejurulatihan.
Kata kunci: Transformasi, kokurikulum berkredit, politeknik
Downloads
Published
Issue
Section
License
Unit Penyelidikan, Inovasi dan Komersialan
POLIMAS