Penerapan Teknologi Augmented Reality Untuk Memahami Fungsi Kamera DSLR
Abstract
Penggunaan teknologi seperti Augmented Reality (AR) dalam pendidikan berpotensi melahirkan pelajar yang lebih berdaya saing pada abad ke-21. Teknologi AR telah digunapakai secara meluas dalam pelbagai bidang khususnya dalam bidang pendidikan. Program Seni Digital (DDS) dan Pengajian Video dan Filem (DDV) merupakan program yang ditawarkan di Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual (JRKV), Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) yang bertujuan menghasilkan graduan terlatih dalam bidang kreatif. Modul DVG1012 Fundamental Of Digital Photography adalah modul wajib untuk pelajar JRKV di semester 1. Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengukur tahap keperluan aplikasi Easy Basic Photography untuk membantu pelajar menguasai bahagian-bahagian kamera DSLR – Digital Single Lens Reflex, mengkaji rekabentuk aplikasi Easy Basic Photography dan mengkaji menu yang terdapat dalam aplikasi Easy Basic Photography membantu pelajar menjawab soalan penilaian. Seramai 40 orang pelajar yang terlibat dalam kajian ini. Kaedah analisis kajian ini berbentuk deskriptif dan mengunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Data yang diperolehi dianalisa dengan mengunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences versi 21.0 bagi mendapatkan nilai skor min. Berdasarkan kepada dapatan ini menunjukan tahap keperluan aplikasi berada ditahap tinggi iaitu dengan skor min 4.27. Berdasarkan kepada dapatan yang diperolehi, beberapa cadangan untuk meningkatkan lagi penggunaan ini diutarakan.
Kata kunci: Objek 3D, android, augmented reality, DSLR, unity,
Downloads
Published
Issue
Section
License
Unit Penyelidikan, Inovasi dan Komersialan
POLIMAS