Keberkesanan Pertandingan Penghasilan Pelan/Peta Dalam Proses Penilaian Pengajaran Dan Pembelajaran Bagi Kursus DCG2052 (Kartografi)

Authors

  • Mustaqiimah Binti Muhamad
  • Nor Rulaida Binti Mohammed Shekhidi
  • Norhayati Binti Ahmad

Abstract

Pertandingan penghasilan pelan/peta merupakan salah satu proses penilaian dalam pengajaran (PdP) dan pembelajaran bagi kursus kartografi. Kebiasaannya pelajar yang mengambil ini akan dinilai hasil peta/pelan dalam penilaian praktikal yang membawa kepada 35% markah. Sebelum pertandingan penghasilan pelan ini dijalankan, hasil pelajar adalah tidak berkualiti dan bermutu disebabkan pelajar menghasilkannya secara sambil lewa. Pertandingan menghasilkan pelan/peta dijalankan bertujuan meningkatkan kualiti pelan/peta seterusnya markah pelajar. Kajian ini dijalankan bagi menganalisis keberkesanan pertandingan yang dijalankan terhadap kualiti pelan/peta dan markah pelajar. Kaedah kajian adalah dengan cara menganalisis keputusan pelajar bagi semester pertandingan tidak dijalankan dan semester pertandingan dijalankan. Pertandingan ini telah dijalankan pada sesi Disember 2017 dan Disember 2018, hasil menunjukkan berlaku peningkatan dari segi pencapaian pelajar iaitu 73% dan 81%. Manakala pada sesi Jun 2017 dan Jun 2018 pencapaian pelajar hanya 53% dan 39% sahaja. Ini menunjukkan bahawa apabila pertandingan peta/pelan dimasukkan ke dalam penilaian PdP, pencapaian pelajar adalah lebih baik berbanding pertandingan tidak dilangsungkan.

 

Kata kunci:   Pertandingan, peta/pelan dan pencapaian.

Downloads

Published

2019-12-13

Issue

Section

Engineering (Civil, Electrical,Mechanical)