Kajian Kes: Impak Sukarelawan Yes! Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin Dalam Melakukan Kerja-Kerja Kesukarelawanan Tvet
Abstract
Kesukarelawanan secara umumnya merujuk kepada sebarang kegiatan altruistik melibatkan penyediaan perkhidmatan tanpa mengharapkan keuntungan dari kerja-kerja yang dijalankan. Kecenderungan pelajar untuk berbakti secara sukarela mampu menjadikan mahasiswa dan mahasiswi lebih intelek, berketrampilan dan ciri itu amat diperlukan untuk menjadi barisan pelapis dalam menerajui kepimpinan negara. Tidak terkecuali Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) juga mempunyai skuad sukarelawan yang dikenali sebagai Sukarelawan YES! PSMZA. Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk melihat sejauh mana kepentingan kerja-kerja kesukarelawan memberi kesan yang positif kepada pelajar. Dengan menggunakan metodologi kualitatif melalui kaedah pemerhatian turut serta dan temubual berfokus, seramai dua puluh (20) responden telah dipilih daripada Skuad Sukarelawan YES! PSMZA yang terdiri daripada pelajar dari empat jabatan utama iaitu Elektrik, Mekanikal, Awam dan Teknologi Maklumat. Mereka telah diperhatikan dan ditemubual bagi mendapatkan maklumbalas terhadap impak program kesukarelawanan yang telah mereka sertai berkenaan pemindahan ilmu teori/amali kepada kerja lapangan, tahap kerjasama kumpulan, khidmat komuniti, disiplin diri dan kenalan baru. Hasil kajian akan memberi implikasi ke arah perancangan keperluan sukarelawan yang lebih strategik oleh pihak PSMZA bagi memupuk semangat kesukarelawanan yang tinggi di kalangan pelajar.
Kata Kunci: Kesukarelawanan, sukarelawan, kerjasama dan tanggungjawab
Downloads
Published
Issue
Section
License
Unit Penyelidikan, Inovasi dan Komersialan
POLIMAS