Persepsi Pelanggan Terhadap Faktor Sosial Dalam Pembelian Produk Kosmetik Dikalangan Pelajar Jabatan Perdagangan,Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah.
Abstract
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji persepsi pelanggan terhadap faktor dalam pembelian produk kosmetik dalam kalangan pelajar Jabatan Perdagangan , Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah,Kulim. Pembelian pelanggan biasanya dipengaruhi oleh budaya,sosial, peribadi dan psikologi seseorang.Berdasarkan faktor-faktor tersebut kajian ini memfokuskan kepada faktor sosial yang terdiri daripada keluarga,kumpulan rujukan dan peranan dan status.Kajian ini melibatkan pelajar Jabatan Perdagangan daripada Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah yang menggunakan produk kosmetik dalam kehidupan seharian. Sebanyak 280 responden telah menjawab soal selidik yang telah diedarkan. Kajian ini menggunakan persampelan bertujuan sebagai kaedah kajian . Borang soal selidik mengandungi 2 bahagian iaitu Bahagian A dan bahagian B. Bahagian A mengandungi soalan berkenaan maklumat demografi dan bahagian B mengandungi soalan berkenaan faktor-faktor yang dikaji. Manakala reka bentuk kajian ini merupakan kajian deskriptif yang berbentuk tinjauan dengan menggunakan pendekatan kuantitatif. Data yang diperoleh dianalisis dengan menggunakan program Statistical Package for Social Science (SPSS).Keputusan kajian mendapati pelajar berpendapat bahawa faktor peranan dan status memainkan peranan penting dalam pembelian produk kosmetik diikuti dengan faktor keluarga dan kumpulan referensi.
Kata kunci : sosial,kosmetik,keluarga,kumpulan rujukan,peranan dan status
Downloads
Published
Issue
Section
License
Unit Penyelidikan, Inovasi dan Komersialan
POLIMAS