Pembangunan Set Lengkap ASK (Algebra Story Kit) Membantu PdP Dalam Matematik

Authors

  • Noor Azimah Binti Abdul Ghani

Abstract

Kajian ini merujuk kepada satu pembangunan projek inovasi dalam menghasilkan satu set kit pengajaran dan pembelajaran (PdP) khususnya untuk topik Asas Algebra. Set lengkap ini yang dihasilkan oleh penyelidik bersama 9 orang pensyarah Jabatan Matematik, Sains & Komputer (JMSK) PTSB yang dikenali sebagai ASK (Algebra Story Kit). Kit ini merupakan alat bahan bantu mengajar yang terhasil daripada gabungan dua elemen baharu iaitu kaedah PdP Story Math dan satu set lengkap bahan PdP yang mempunyai enam item bahan di dalamnya. Hasil rekaan kit ini bertujuan membantu para pendidik menggunakannya sebagai alat bahan bantu mengajar dalam menyelesaikan permasalahan pelajar dalam topik Asas Algebra yang melibatkan operasi penambahan, penolakan, hasil darab, hasil bahagi, kembangan, permudahkan ungkapan dan pecahan. ASK dilengkapi QR kod untuk merangsang keinginan, minat dan fokus pelajar dalam meningkatkan penguasaan dan kefahaman Asas Algebra. Keberkesanan penggunaan kaedah baharu Story Math ini telah dibukti dapatannya dalam kajian Noor Azimah et al. (2019). Grafik yang menarik bersama idea penceritaan Story Math yang kreatif, sesuai dengan situasi kehidupan sebenar mampu meleraikan kekeliruan pelajar tentang kesukaran memahami hukum, istilah, formula atau konsep Asas Algebra. Kajian ini juga bertujuan memperkenalkan set ASK ke pengetahuan umum supaya penggunaannya bakal disebarluaskan ke semua peringkat pengajian. Melalui kajian kualitatif berdasarkan sesi perkongsian ASK dan penilaian oleh beberapa pihak bertauliah telah menunjukkan respon yang sangat positif terhadap pembangunan ASK ini disamping memperolehi cadangan tambahbaik untuk memantapkan mutu dan kualiti ASK.

 

Kata Kunci: Alat Bahan Bantu Mengajar, Story Math, Pengajaran dan Pembelajaran (PdP), Asas Algebra

Downloads

Published

2019-12-13

Issue

Section

Teaching and Learning