Program Persijilan Membaiki Iphone: Keperluan Perlaksanaan Program Terhadap Pelajar Diploma Kejuruteraan Elektronik Perhubungan, Politeknik Ibrahim Sultan
Abstract
Sijil Professional dan Sijil Kemahiran Teknikal merupakan salah satu daripada pelan transformasi Politeknik dalam memenuhi Key Performance Index (KPI) para pelajar. Program persijilan ini adalah bagi memenuhi keperluan para pelajar di Politeknik seluruh Malaysia dalam menghadapi persaingan dalam mencari pekerjaan. Ini juga merupakan satu nilai tambah (value added) yang diberikan kepada pelajar dengan tujuan untuk memberi kemahiran tambahan kepada para pelajar selain memiliki diploma. Kajian ini bertujuan untuk melihat sejauhmanakah Keperluan Program Persijilan Membaiki Iphone yang di jalankan ke atas para pelajar Diploma Kejuruteraan Elektronik Perhubungan (DEP) Politeknik Ibrahim Sultan supaya mereka berupaya mencipta pekerjaan sendiri berbekalkan kemahiran yang dimiliki. Populasi Kajian adalah ke atas pelajar semester akhir yang mengikuti program DEP. Kajian dijalankan ke atas 30 orang responden. Instrumen Kajian yang digunakan adalah soal selidik. Data yang diperolehi akan di analisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) Versi 23. Implikasi kajian ini menunjukkan hasil dapatan bahawa tahap keperluan program ini pada tahap tinggi ( skor min= 4.09). Dapatan untuk kefahaman pelajar mengenai membaiki iphone pada tahap yang sangat rendah (skor min= 2.36) manakala reaksi pelajar bagi kesediaan mendapatkan kursus persijilan pada tahap yang sangat tinggi (skor min= 4.69) Dapatan ini menunjukkan Program Persijilan Membaiki Iphone merupakan satu keperluan kepada pelajar Diploma Kejuruteraan Elektronik Perhubungan (DEP) di Politeknik Ibrahim Sultan.
Kata kunci: Sijil Professional, Membaiki Iphone, Diploma Kejuruteraan Elektrik (DEP)
Downloads
Published
Issue
Section
License
Unit Penyelidikan, Inovasi dan Komersialan
POLIMAS