Kajian Kes: Keperluan Kelab Pengacaraan Majlis Kepada Pelajar Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin
Abstract
Pengacara majlis adalah merujuk kepada seseorang yang dilantik secara rasmi untuk dipertanggungjawabkan mengendalikan sesebuah majlis mengikut aturcara yang telah ditetapkan dan merujuk kepada skrip yang telah diluluskan serta berpandukan arahan Pengurus Majlis. Pengacara Majlis diperlukan dalam majlis-majlis rasmi yang melibatkan kehadiran tetamu kehormat. Tidak terkecuali di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) terdapat pelbagai jenis program dan aktiviti pelajar yang memerlukan tugas pengacara majlis dalam memastikan kelancaran sesebuah majlis. Walaubagaimanapun hasil pemerhatian dan komen daripada para pensyarah dan penasihat kelab, kebanyakan pelajar yang dilantik menjadi pengacara majlis tidak mempunyai pengetahuan dan sekaligus mencacatkan sesebuah majlis yang dikendalikan. Kelemahan pengacara majlis ini akan memberi impak negatif kepada keseluruhan program dan seterusnya menjatuhkan imej PSMZA itu sendiri. Sehubungan dengan itu, satu kajian telah dibuat untuk mengenalpasti keperluan penubuhan Kelab Pengacaraan Majlis PSMZA perlu diwujudkan ataupun tidak, semasa Kursus Protokol dan Pengacaraan Majlis anjuran Jawatankuasa Pelajar Kolej Kediaman (JPKK) diadakan. Kajian ini menggunakan metodologi kualitatif melalui kaedah pemerhatian dan temubual berfokus. Seramai lima belas (15) responden telah dipilih daripada 60 peserta yang hadir di mana mereka terdiri daripada AJK beberapa buah kelab dan persatuan yang wujud di PSMZA. Hasil dari kajian ini terdapat LIMA keperluan penubuhan Kelab Pengacaraan Majlis PSMZA iaitu keperluan Pengacara Majlis dalam program dan aktiviti pelajar; membina keyakinan diri di hadapan khalayak ramai; mempelajari ilmu pengurusan majlis, protokol dan etiket sosial; belajar kaedah penulisan skrip pengacaraan; dan belajar cara penampilan diri. Hasil dapatan kajian ini mendapati Kelab Pengacaraan Majlis PSMZA perlu ditubuhkan.
Kata kunci: Pengacara majlis, aktiviti pelajar, keyakinan diri
Downloads
Published
Issue
Section
License
Unit Penyelidikan, Inovasi dan Komersialan
POLIMAS