Crea8tif: Aplikasi Pintar Pengurusan Projek Seni Digital

Authors

  • Halizayanie Binti Kimlin
  • Siti Izani Binti Idris

Abstract

Kertas kerja konseptual ini adalah untuk membangunkan aplikasi medium fidelity mudah alih Crea8tif di dalam pengurusan projek akhir pelajar Diploma Seni Digital di Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin. Aplikasi ini dicadangkan untuk membantu pelajar dan penyelia projek dalam pembangunan projek pelajar agar progres pelajar dapat dikemaskini secara sistematik dan dipantau dengan lebih efektif. Aplikasi mudah alih ini akan dibangunkan berdasarkan metodologi pembangunan Interaction design lifecycle model yang meliputi fasa mengenalpasti keperluan, merancang alternatif, pembangunan prototaip dan fasa penilaian. Konsep paperless dan gamifikasi diguna pakai bagi menarik minat dan memberikan motivasi kepada pelajar dalam pembangunan projek pelajar kreatif dan inovatif serta memberi kemudahan kepada penyelia untuk menguruskan projek akhir dengan lebih sistematik dan efektif.

Kata kunci: Art & Design, Aplikasi mudah alih, Projek akhir, Gamifikasi

Downloads

Published

2019-12-13

Issue

Section

Computer , IT, Network