Manual Pengajaran Dan Pembelajaran Penerapan Bata
Abstract
Inovasi ini mengambil alternatif dengan menyediakan manual pengajaran dan pembelajaran untuk kemudahan pelajar. Manual ini dimasukkan Item-item yang mengandungi 2 fasa. Fasa 1 mengandungi Pengukuran “Measurement” folder cara kerja membuat pengukuran dimension, plumb, alignment, level, dan detail dimana penilaian dibuat pada projek. Fasa 2 mengandungi Pengukuran “Judgement” iaitu penilaian yang dinilai oleh hakim berdasarkan kepada tahap kesempurnaan ikatan. Kelebihan inovasi ini ialah pelajar boleh membuat rujukan sebelum kelas bermula, semasa kelas berjalan dan selepas kelas berakhir. Manual Pengajaran ini disediakan pada ruang khas di dalam bengkel bata. Manual ini juga dimasukkan dalam komputer untuk rujukan diluar waktu kelas. Markah yang diperolehi selepas inovasi (80% -100%) dalam masa yang ditetapkan adalah bukti peningkatan pelajar. Penglibatan pelajar dalam Pertandingan kemahiran PkbSkills peringkat Politeknik Kota Bharu, PolySkills peringkat Politeknik Malaysia dan WorldSkills Malaysia Belia (WSMB) peringkat kebangsaan membuktikan kejayaan inovasi ini. Kajian ini dapat dijadikan panduan dan rujukan dalam membantu meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di dalam bengkel amali dalam penerapan bata.
KATA KUNCI : Kaedah, latihan dan Keberkesanan
Downloads
Published
Issue
Section
License
Unit Penyelidikan, Inovasi dan Komersialan
POLIMAS