KEPERLUAN PERIODISASI KEPADA JURULATIH HOKI DI POLITEKNIK MALAYSIA

Authors

  • Mohamed Rafi Bin M.S Solaiman
  • Dr Asha Hasnimy Binti Mohd Hashim

Abstract

Periodisasi merupakan pelan latihan yang boleh dihasilkan oleh jurulatih untuk menjadikan latihan yang dilaksanakan dapat mencapai tahap kemuncak prestasi. Walaubagaimanapun kebanyakkan jurulatih hoki Politeknik Malaysia kurang mahir dalam penggunaan periodisasi semasa membuat rancangan latihan yang dilaksanakan. Jurulatih hanya merancang latihan berdasarkan pengetahuan asas sukan sahaja. Periodisasi penting untuk memastikan atlet mencapai kemuncak prestasi sebenar semasa fasa pertandingan. Periodisasi juga menjadi panduan kepada jurulatih serta memudahkan proses pemantauan dan penilaian hasil daripada latihan yang dirancangkan. Pengkaji menggunakan kaedah temubual untuk mengenalpasti penggunaan periodisasi di kalangan jurulatih, tahap pengetahuan jurulatih terhadap penggunaan periodisasi serta keperluan periodisasi dalam melaksanakan latihan hoki terhadap atlet hoki Politeknik Malaysia.  Hasil daripada temubual yang telah dilaksanakan terhadap lima orang jurulatih hoki Politeknik Malaysia, maka pengkaji dapat merumuskan bahawa jurulatih kurang berpengetahuan berkaitan periodisasi, keadaan ini berpunca daripada kekangan masa jurulatih yang bertugas sebagai pensyarah. Tugas sebagai jurulatih merupakan tugas sampingan dan bukan tugas utama bagi pensyarah di politeknik. Pengetahuan periodisasi perlu dipelajari dengan lebih mendalam agar perancangan latihan yang lebih sistematik dapat mendatangkan impak yang maksimum kepada prestasi atlet.

 

Kata kunci: Periodisasi, jurulatih, atlet hoki

 

Downloads

Published

2019-12-13

Issue

Section

Sports and Co-curriculum