TINGKAH LAKU PEMBELIAN PRODUK TIRUAN: PERANAN NIAT DAN KAWALAN TINGKAH DALAM PEMBELIAN PRODUK TIRUAN
produk tiruan, niat pembelian, kawalan tingkah laku pengguna
Abstract
Abstrak: Secara umumnya, peniruan atau pemalsuan produk boleh dikatakan sebagai amalan penipuan dengan meletakkan tanda dagangan pengeluar asal untuk menjelaskan tingkah laku pembelian produk tiruan dan ia melanggar hak-hak pemilik tanda dagangan, kajian terhadap tingkah laku pembelian produk tiruan terhad kerana kebanyakan kajian ini hanya memberi tumpuan kepada meramalkan niat pengguna untuk membuat pembelian produk tiruan. Kajian ini memfokus kepada faktor kawalan tingkah laku yang mempengaruhi niat dan tingkah laku pembelian produk tiruan dalam kalangan pengguna di Malaysia. Kajian ini mengkaji perhubungan di antara kawalan tingkah laku, terhadap niat dan tingkah laku pembelian produk tiruan. Kajian ini melibatkan seramai 392 responden di sekitar Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Baharu yang mempunyai pengalaman membeli produk tiruan. Dua hipotesis telah diuji dan didapati kedua-dua hipotesis tersebut disokong. Analisis menunjukkan kewujudan hubungan positif di antara niat dan tingkah laku pembelian produk tiruan. Kawalan Tingkah laku didapati tidak mempengaruhi niat pembelian produk tiruan Kajian ini juga menekankan implikasi penyelidikan, limitasi dan cadangan penyelidikan pada masa hadapan.
Downloads
Published
Issue
Section
License
Unit Penyelidikan, Inovasi dan Komersialan
POLIMAS