WIRING TRAINER

  • Salmiza Binti Said
  • Wan Azlinie Binti Wan Ahmad

Abstract

Pendekatan pengajaran dan pembelajaran berpusatkan bahan bantu mengajar boleh diertikan bahawa sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran dengan dibantu oleh sesuatu alat atau kelengkapan dalam membantu pelajar untuk lebih memahami pelajaran tersebut. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran, pengajar memerlukan sesuatu bahan, sebagai contoh wiring trainer dalam memahamkan pelajar tentang pendawaian. Projek ini dilaksanakan untuk merekabentuk sebuah wiring trainer bagi membantu proses pengajaran dan pembelajaran dalam bidang pendawaian elektrik. Ianya dilengkapi dengan pendawaian suis lampu serta percahayaan dan kuasa. Wiring trainer ini mempunyai sambungan port yang digunakan oleh pengajar untuk menunjukkan pendawaian yang dikehendaki. Dengan penghasilan wiring trainer, masalah yang dihadapi pada masa ini yang mana litar pendawaian perlu dibina terlebih dahulu bagi memahamkan konsep pendawaian dapat diatasi. Pendawaian yang perlu dibina setiap kali sesi pengajaran akan memerlukan penggunaan wayar kabel yang banyak dan melibatkan peningkatan kos. Projek ini direkabentuk dengan kaedah pendawaian mini dalam aplikasi sebenar sepertimana yang dilakukan oleh wireman. Ini tentunya menjimatkan masa dalam proses pengajaran tersebut serta memudahkan pelajar memahami konsep di setiap sesi pembelajaran. Projek inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran ini diharapkan dapat memberi kepuasan kepada pengajar dan pelajar, serta dapat meningkatkan kefahaman dalam konsep pendawaian.

 

KATA KUNCI: Trainer, Pendawaian, Pengajar, Pelajar

Author Biographies

Salmiza Binti Said
Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin
Wan Azlinie Binti Wan Ahmad
Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin

References

Suruhanjaya Tenaga, Malaysia. (2008). Garis Panduan Pendawaian Elektrik Di Bangunan Kediaman. Dicapai dari www.st.gov.my

Abdul Samad Hanif, Mohamed NorAzhari Azman, Hendri Pratama, Nurul Nazirah Mohd Imam Ma’arof (2016). Kit pemantauan penyambungan litar elektrik: Satu kajian efikasi Alat Bantu Mengajar. Malaysian Journal of Society and Space 12 issue 3 (69 - 78)

Bahagian Pembangunan Kurikulum (2014). Pendidikan Asas Vokasional (Pendawaian Elektrik). Kementerian Pendidikan Malaysia, Malaysia.

Mohammad Ismail. (2011). Elektrik dan Suisbod. Dicapai dari http://agnespuding.blogspot.com/

Published
2019-10-15
Section
Engineering (Civil, Electrical,Mechanical)