ILUSTRASI DALAM LUKISAN KERJA

  • Mohd Raduan Bin Amran
  • Lizawati Binti Zainudin

Abstract

Kajian  ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap pelaksanaan inovasi dan keberkesanan inovasi Ilustrasi Dalam Lukisan Kerja. Teknologi yang menggunakan grafik 3 dimensi, diubah suai dalam bentuk 2D dengan satah ufuk tertentu bagi membantu pelajar membuat unjuran paksi satah untuk tujuan melukis lukisan kerja. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji keberkesanan penggunaan Ilustrasi dalam Lukisan Kerja kepada pengguna mendapatkan maklumbalas pelanggan dari aspek kemudahan dan keberkesanan produk. Kajian ini berbentuk kuantitatif yang dianalisis secara deskriptif melalui instrumen borang soal selidik. Seramai 57 responden terlibat dalam kajian ini iaitu terdiri daripada pelajar Semester 1,Sijil Teknologi Senibina, Kolej Komuniti Kuantan. Ilustrasi Dalam Lukisan Kerja ini membantu pelajar memvisualisasikan lukisan kerja dalam pembelajaran abstrak agar menjadi lebih mudah untuk dipahami. Ini menjadikan proses pembelajaran yang lebih menarik dan meningkatkan minat pelajar dalam proses pembelajaran. Bagi pensyarah, teknologi komputer dapat dijadikan perantara untuk mempermudahkan dalam hal penyampaian maklumat, serta dapat digunakan sebagai media pembelajaran yang dapat meningkatkan kemahiran belajar. Analisis deskriptif min dan analisis kekerapan terhadap Ilustrasi dalam Lukisan Senibina telah dijalankan kepada pengguna iaitu dari aspek pelaksanaan dan keberkesanan produk. Hasil analisis yang diperolehi menunjukkan aspek penyampaian isi kandungan mencapai objektif sebanyak 17%, cara penyampaian menarik 16%, kandungan teratur 17%, tempat sesuai 17%, penyampaian jelas dan difahami 17% dan masa dan tempoh mencukupi 17%. Manakala dari aspek keberkesanan inovasi dalam bentuk peratusan, pengetahuan dalam bidang adalah sebanyak 17%, kemahiran dalam bidang 16%, yakin menggunakan pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari 19%, membantu menigkatkan kerjaya 15%, membantu memulakan pelajaran 16% dan membantu mengembangkan pelajaran sebanyak 17%. Secara keseluruhannya, Ilustrasi dalam Lukisan Kerja amat berkesan, sesuai dan mudah untuk digunakan. Kaedah ini sangat membantupelajar bagi memahami lukisan kerja dengan lebih efektif dan membantu warga pendidik bagi merialisasikan matlamat pendidikan secara berterusan selaras dengan matlamat kerajaan ke arah revolusi 4.0.

 

KATA KUNCI : Ilustrasi, Lukisan Kerja, Keberkesanan

Author Biographies

Mohd Raduan Bin Amran
Kolej Komuniti Kuantan
Lizawati Binti Zainudin
Kolej Komuniti Kuantan

References

Jurnal

Liu, T. C., Wang, H. Y., Liang, J. K., Chan, T. W., Ko, H. W., & Yang, J. C. (2003).

Wireless and mobile technologies to enhance teaching and learning. Journal of Computer Assisted Learning, 19(3), 371-382

Bab dalam buku

Sharples, M. (2000). The design of personal mobile technologies for lifelong learning.

Computer & Education, 34, 177-193. Dimuat turun pada Jan 15, 2006, daripada http://www.eee.bham.ac.uk/sharplem/Papers/handler%20comped.pdf

Designed and user-generated activity in the mobile age

Kukulska-Hulme, Agnes; Traxler, John and Pettit, John (2007). Designed and user-generated activity in the mobile age.Journal of Learning Design, 2(1) pp. 52–65.

Buku

Piaw, Chua Yan (2006). Research Statistics. Buku 2. McGraw-Hill Education

Abrianto & Sitompul, 2014; Gunawan, 2016; Idris,2015; Khairunnisa, 2017; Riasnelly, 2013;

Roza, 2010; Sunarwan, 2013

Sudirman Siahaan. 2002. Studi Penjajagan tentang Kemungkinan Pemanfaatan Internet untuk

Pembelajaran di SLTA di Wilayah Jakarta dan Sekitarnya. Jurnal Pendidikan dan Kebudayaan, Tahun Ke-8, No. 039. Jakarta: Badan Penelitian dan Pengembangan-Departemen Pendidikan Nasional.

E proceeding

Sharples, 2000, e Proceeding National Innovation and Invention Competition Through Exhibition (iCompEx’17) Liu, Wang, Chan, Ko, & Yang, 2003).

Sumber Elektronik

Berita Selatan (2018). Revolusi Industri 4.0 termasuk juga cara pembelajaran dan pengajaran Retrieved from http://www.bernama.com/state-news/beritabm.php?id=1640360

Published
2019-10-14
Section
Engineering (Civil, Electrical,Mechanical)