REVOLUSI INDUSTRI KEUSAHAWANAN DALAM PENDIDIKAN TEKNOLOGI SENIBINA SATU KAJIAN

  • Mohd Raduan Bin Amran

Abstract

Revolusi indutri 4.0 memainkan peranan penting dalam kewujudan pembangunanan industri selaras dengan kemajuan teknologi digital. Tidak ketinggalan juga disektor pendidikan yang selalu di war-warkan oleh pihak kerajaan supaya membangun seiring dengan revolusi industri 4.0.Pelbagai kaedah atau cara yang boleh difikirkan secara kreatif bagaimana untuk mamajukan sistem pendidikan ini. Salah satu cara inovasi dalam pendidikan yang difikirkan boleh memajukan sistem pendidikan teknologi senibina ini ialah dengan cara pengeluaran produk. Pelabagai cara telah difikirkan untuk mamajukan kolej termasuk penawaran keushawanan dan dijadikan modul pengajian am supaya pelajar dapat melibatkan diri dalam keushawan selepas tamat pengajian. Salah satu kaedah yang boleh ditambah baik untuk memajukan sistem pendidikan teknologi senibina selaras dengan teknologi 4.0 ialah dengan penghasilan produk, melalui produk tersebut boleh diubahsuai menjadi subjek keushawanan kepada pelajar. Sebagai contoh untuk habiskan sijil teknologi senibina pelajar perlu belajar subjek utama iaitu Skechup, Autocad dan Revit. Satu kelas terdapat 20 pelajar dalam tempoh pembelajaran mendapat enam puluh hasil pelajar dan setiap hasil pelajar yang mempunyai rekabentuk yang berbeza. Hasil pelajar ini akan di muatnaik kedalam laman sesawang untuk tujuan penjualan di atas talian. Pelbagai pihak perlu mamainkan peranan dalam meningkatkan revolusi industri keushawanan, Kerjasama daripada pelbagai pihak dapat membantu keberhasilan pelajar ini. Pelajar akan dapat mempelajari ilmu keushawanan, penghasilan projek yang berkualiti sesuai dengan keperluan PBT, pendedahan kepada dunia perniagaan, meningkatkan kemahiran kreativiti pelajar serta meningkatkan keberhasilan produk. Salah satu cara bagi memastikan produk yang dihasilkan pelajar menjadi tarikan kepada pembeli, satu kajian telah dilakukan bagi memastikan produk pelajar seiring dengan permintaan. Berdasarkan kajian ini boleh ditentukan tahap penawaran produk pelajar kepada pembeli atau pengguna. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti persepsi pelajar dan pengguna terhadap sesuatu produk yang ditawarkan kalangan ushawan. Hasil dapatan yang diperolehi melalui soal selidik yang diedarkan kepada pelajar dan pengguna, item Produk risiko Pelajar sebanyak 72.1% sangat setuju berbanding pengguna sebanyak 58.6 % neutral. Manakala pembelian yang menyeronokkan pelajar sangat setuju, (69.7%) berbanding pengguna (44.8%). Item Jenama, sangat setuju, Pengguna sebanyak 62.1% manakala pelajar sebanyak 28.8%.

 Kata kunci: Revolusi Industri 4.0, Produk, Keushawanan.

Author Biography

Mohd Raduan Bin Amran
Kolej Komuniti Kuantan

References

Jurnal

Chaudhuri, A. and Holbrook, M.B. (2001), “The chain of effects from brand trust and brand affect to brand performance: the role of brand loyalty”, Journal of Marketing, Vol. 65 No. 2, pp. 81-93.

Kwon, W.-S. and Lennon, S.J. (2009), “What induces online loyalty? Online versus offline brand images”, Journal of Business Research, Vol. 62, pp. 557-64. Limayen, M., Khalifa, M. And Frini, A. (2000),

Smith-Hunter, A., & Leone, J. (2010). Afro-Barzilian women entrepreneurs: charateristics, critical issues and current comments. Research in Business and Economics Journal, 115

Mazlina Jamaludin¹ Nek Kamal Yeop Yunus,PhD pola gelagat pengguna keatas keputusan pembelian secara atas talian satu tinjauan (POLIMAS&UPSI)

Bab dalam buku

Moy, P., Manosatitch, E., Stamm, K., & Dunsmore, K. (2005). Linking dimension of Internet use and civic engagement. J&MC Quarterly, 82(3), 571-586.

Rahmah Ismail, & Nor Aini Idris. (2006). The impact of information and communication technology utilization on firm performance: a case study of women entrepreneurs. Malaysian Management Journal, 10(1&2), 19-32

Published
2019-10-14
Section
Social Science (Finance, Management, Accounting, Business, Humanities)