E- RAYUAN (SISTEM SEMAKAN RAYUAN PENILAIAN)

  • Mohd Hariz Bin Ibrahim
  • Nooradilah binti Abdul Samat
  • Fazlin Binti Mohd Hairi

Abstract

Inovasi ini adalah satu sistem yang dibangunkan dan digunapakai di Unit Peperiksaan, Politeknik Sultan Hj Ahmad Shah (POLISAS), Kuantan. E-RAYUAN dibangunkan dengan mengambil kira masalah yang dihadapi oleh Pegawai Peperiksaan untuk memaklumkan kepada pelajar keputusan rayuan penilaian selepas Mesyuarat Jawatankuasa Peperiksaan Politeknik bersidang sebelum sistem ini digunapakai tiada satu medium yang boleh digunakan untuk pelajar mengetahui keputusan rayuan penilaian mereka dengan cepat. Pegawai Peperiksaan akan memaklumkan kepada pelajar yang rayuan penilaian mereka berjaya sahaja menerusi panggilan telefon dan surat rasmi keputusan akan diposkan kemudian. Manakala pelajar yang tidak berjaya tiada panggilan telefon dan keputusan rayuan hanya dimaklumkan menerusi surat rasmi yang hanya akan diterima dalam masa seminggu. Kajian tindakan ini dilaksanakan bagi tujuan penyelesaian masalah yang berlaku di Unit Peperiksaan, POLISAS. Objektif utama sistem ini adalah untuk membina suatu sistem atas talian yang  dapat menjimatkan masa,kos dan meningkatkan tahap system pengurusan di Unit Peperiksaan, POLISAS. Sistem E-RAYUAN ini dibangunkan menggunakan platform PHP (Programming Hypertext Preprocessor) dan disertai pangkalan data MySQL (Open Source Database) dan dimajukan oleh Apache Server. Sistem ini telah dipecahkan kepada DUA (2) kategori; user (pelajar) dan administrator (Pegawai Peperiksaan Rekod Dan Pensijilan). Satu kajian menggunakan kaedah pemerhatian dan analisis data digunakan sebelum sistem ini diperkenalkan. Selepas sistem ini diperkenalkan makluman keputusan rayuan penilaian kepada pelajar lebih cepat.Berdasarkan keputusan analisis dari pemerhatian yang dibuat, didapati berlaku penurunan jumlah kos dan masa pengurusan makluman rayuan penilaian kepada pelajar.Secara keseluruhannya, sistem ini telah memberikan impak yang positif serta mampu meningkatkan kualiti pengurusan di Unit Peperiksaan, POLISAS.

 

KATA KUNCI: Rayuan, Semakan keputusan, PHP, MySQL

Author Biographies

Mohd Hariz Bin Ibrahim
Unit Pembelajaran Sepanjang Hayat, Kolej Komuniti Paya Besar, Gambang, Kuantan
Nooradilah binti Abdul Samat
Unit Peperiksaan, Politeknik Nilai,
Fazlin Binti Mohd Hairi
Unit Peperiksaan, Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah

References

Andini Putri (2016).“Teknologi Jaringan Internet”. Yogjakarta, Indonesia: Andi Offset.

Larry Ullman (2016). “PHP for the Web: Visual QuickStart Guide (5th Edition) 5th Edition”. CA, USA: Pearson Education.

Joel Murach (2019).“ Murach's MySQL (3rd Edition)”. USA: Mike Murach & Associates;

Mohd Hariz, I. (2014). E-MOHON TRANSKRIP. In Icompex14 National Innovation and Invention Competition trough Exihibition 2014 (p. 2). Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Bahagian Peperiksaan dan Penilaian, Jabatan Pengajian Politeknik (2015).“ Arahan-Arahan Peperiksaan dan Kaedah Penilaian”. Kementerian Pendidikan Malaysia.

Published
2019-10-14
Section
Computer , IT, Network