KAJIAN PROSES TINDAKAN PENCEGAHAN DAN PENGURUSAN RISIKO POLIMAS (TPPR)
Abstract
Kajian ini bertujuan mengkaji proses Tindakan Pencegahan dan Pengurusan Risiko (TPPR) Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, POLIMAS. Risiko adalah sebagai kemungkinan berlaku kerugian, kemalangan, kelemahan akibat sesuatu peristiwa. Ianya belum berlaku, jika telah berlaku risiko tersebut, maka ianya dikategorikan sebagai isu. Proses tindakan pencegahan TPPR ini adalah panduan dan rujukan kepada semua pemilik proses dan ia merupakan teras kepada pemilik proses di Polimas untuk mengaplikasikan pengurusan risiko dan pencegahan dalam pengurusan sistem pengurusan kualiti (SPK). Proses pengurusan risiko ini membolehkan pemilik proses dan teras yang terlibat dalam sesuatu projek mengenalpasti risiko yang mungkin berlaku dan kaedah sesuatu risiko itu dapat dikawal. Penulis menggunakan borang pencegahan dan pengurusan risiko sebagai rujukan hasil dapatan. Proses ini menyediakan borang yang sistematik dan mudah difahami oleh pemilik proses yang lain dalam SPK Polimas. Pemilik proses TPPR akan memaklumkan kepada semua pemilik proses-proses SPK Polimas bagaimana cara-cara menulis dan mengisi borang yang bermula dengan mengenalpasti risiko, penilaian risiko dan pencegahan dan kawalan risiko. Hasil dapatan pemantauan yang lepas didapati risiko tinggi kekal kepada 16 proses, risiko sederhana menurun kepada 15 proses dan risiko rendah menurun sebanyak 40 proses. POLIMAS berjaya mematuhi kehendak SIRIM dengan menyediakan dokumen Risk Base Thinking (RBT) yang lengkap dan bersistematik. Jadual kategori risiko, jadual kekerapan, jadual kesan dan jadual risiko dirujuk untuk melengkapkan TPPR Polimas.
KATA KUNCI: TPPR, risiko, isu, kawalan
References
Ismail Bahari. (2002). Pengaturan sendiri di dalam pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Mc Graw Hill
Jabatan Standard Malaysia. (2017). Malaysia Standard MS ISO 9001: 2015 ( BM ). ICS:03.120.10.
POLIMAS. (2016). Pelan Strategik 2016-2025 POLIMAS.
POLIMAS. (n.d). Prosedur Kualiti Pemberian Perkhidmatan Pendidikan. ( 2016). Kualiti 2018-2019
POLIMAS. (n.d). Prosedur Kualiti Pengurusan Dan Sokongan 2018-2019.
Downloads
Published
Issue
Section
License
Unit Penyelidikan, Inovasi dan Komersialan
POLIMAS