PEMBANGUNAN FUEL INJECTOR TESTER UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MODUL SKR 4303

  • Mohd Jalil Bin Ahmad
  • Md Nor Bin Abdul Halim

Abstract

Era Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) merupakan suatu cabaran kepada institusi pendidikan dalam menyediakan penyampaian yang berkualiti. Kurikulum Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Hasil (OBE) yang dilaksanakan, memerlukan pengajar menyampaikan pengajaran secara aktif dan kreatif bagi mencapai objektif pengajaran. Pembangunan produk inovasi di dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dapat membantu pelajar untuk mencapai Program Learning Outcome (PLO) seperti yang ditetapkan di dalam kurikulum. Bagi Kursus yang dijalankan iaitu Program Sijil Servis Kenderaan Ringan Modul SKR 4303 Penyelenggaraan Sistem Pengurusan Enjin, terdapat keperluan untuk membangunkan alat ini bagi tujuan membantu meningkatkan kefahaman pelajar di dalam proses PdP. Pembangunan alat ini adalah kerana terdapat permasalahan semasa melakukan pengujian secara terus di mana pelajar tidak dapat melihat bagaimana hasil semburan bahan api yang dikeluarkan oleh injector tersebut kerana ianya terpasang di dalam enjin.  Fuel Injector Tester ini dibangunkan sebagai alat untuk menguji operasi dan mengesan kerosakan pada injector yang digunakan pada enjin kenderaan yang menggunakan Sistem Electronic Fuel Injection (EFI). Selain dapat membantu proses PdP, kepentingan membangunkan fuel injector tester ini juga boleh digunakan di tempat kerja bagi tujuan menguji dan mengesan kerosakan injector. Set unit injector boleh diuji di luar daripada enjin untuk membolehkan pengguna melihat dengan lebih jelas setiap unit berfungsi. Dapatan soalselidik yang dijalankan mendapati inovasi yang dibangunkan memenuhi keperluan proses pengajaran dan mencapai penguasaan kemahiran pelajar. Penguji injector ini juga telah dibangunkan dengan kos yang lebih rendah dan juga mesra penggunaan dengan bantuan prosedur operasi penggunaan (SOP) yang disediakan.

 

KATA KUNCI: Pembangunan Fuel Injector Tester

Author Biographies

Mohd Jalil Bin Ahmad
Kolej Komuniti Bukit Beruang, Melaka
Md Nor Bin Abdul Halim
Kolej Komuniti Ledang, Johor

References

Asmidar Alias & Norshariza Mohamad Bhkari. (2007). A Model of Outcome-Based

Education (OBE) for Engineering Education, Gading Business and Management Journal Vol. 11 No. 2, 71-87, 2007, ISSN 0128-5599.

Amir (2008). Design and Develop Auto Car Jacker Power by Internal Car Power. Project

Paper Bachelor. Universiti Malaysia Pahang.

Chua (2012). Asas Statistik Penyelidikan: 2nd Edition. McGraw Hill. Kuala Lumpur.

Harden, R.M., Davis, M.H. & Crosby, J.R. (1997). The New Dundee Medical Curriculum:

A Whole That Is Greater Than the Sum of the Parts, Medical Education, 264–271.

KPM (2004). Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara Melangkau Tahun 2020. Kuala

Lumpur.

KPM. (2014). Sijil Servis Kenderaan Ringan. Jabatan Pengajian Kolej Komuniti. Putrajaya.

Rohani Arbaa, Hazri Jamil & Mohammad Zohor Ahmad. (2017). Model Bersepadu

Penerapan Kemahiran Abad ke 21 dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Jurnal Pendidikan Malaysia 42 (1)(2017):1-11

Spady, W. (1994). Outcome-based education: Critical issues and answers. Arlington, VA:

American Association of School Administration.

Valentin Cosmin Blândula. (2014). Inovation in education – fundamental request of

knowledge society. The 6th International Conference Edu World 2014 “Education Facing Contemporary World Issues”, 7th - 9th November 2014 Procedia - Social and Behavioral Sciences Volume 180, 5 May 2015, Pages 484-488

Zakaria (2014). Pendekatan Konstruktif Dalam Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran

Bahasa Melayu di Kolej Vokasional. Tesis Sarjana. Universiti Tun Hussein Onn

Published
2019-10-14
Section
Teaching and Learning