KOMPUTER SEBAGAI MEDIA PERANTARAAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AMALI BERKESAN DI BENGKEL BATA

Authors

  • Rizalman Bin Ab Rahim
  • Azmi Bin Mat Rais

Abstract

Pelajar sering didedahkan dengan pengajaran dan pembelajaran melalui talian seperti memuat turun nota dan video dari internet. Inovasi ini mengambil alternatif dengan menyediakan komputer di bengkel bata untuk kemudahan pelajar.  Dalam inovasi ini, maklumat dimasukkan Item-item yang mengandungi 4 fasa.  Fasa 1 mengandungi folder keselamatan, peralatan dan bahan.  Fasa kedua mengandungi folder cara kerja penerapan bata. Fasa ketiga mengandungi folder pemarkahan projek dan fasa keempat mengandungi folder gambar-gambar hasil kejayaan pelajar.  Kelebihan inovasi ini ialah pelajar boleh membuat rujukan sebelum kelas bermula, semasa kelas berjalan dan selepas kelas berakhir.  Komputer disediakan pada ruang khas di dalam bengkel bata untuk rujukan pengguna.  Markah yang diperolehi selepas inovasi (80% -100%) dalam masa yang ditetapkan adalah bukti peningkatan pelajar.  Penglibatan pelajar dalam Pertandingan kemahiran PkbSkills peringkat Politeknik Kota Bharu, PolySkills peringkat Politeknik Malaysia dan WorldSkills Malaysia Belia (WSMB) peringkat kebangsaan membuktikan kejayaan inovasi ini.  Kajian ini diharap dapat dijadikan panduan dan rujukan dalam membantu meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di dalam bengkel amali dalam penerapan bata.

 

KATA KUNCI: Inovasi Penerapan Bata, Keberkesanan Kerja.

 

Author Biographies

  • Rizalman Bin Ab Rahim
    Politeknik Kota Bharu
  • Azmi Bin Mat Rais
    Politeknik Kota Bharu

References

Fakimi, (2017, May 25). Jenis ikatan bata [Blog post]. Dipetik dari
https://mahligaiidaman.com/jenis-ikatan-bata/

Iman Anissa, (2010, Feb 19). Bab 3 Kerja Bata [Blog post]. Dipetik dari
https://scribd.com/doc/27095522/Bad-3-Kerja-Bata

Dinamika Sistem Pendidikan Tinggi. Johor: Universiti Teknologi Malaysia, Modul lukisan
Politeknik Kota Bharu (2017)

Modul kaedah ikatan-ikatan bata dalam pengajaran dan pembelajaran, Politeknik Kota Bharu
(2018)

Downloads

Published

2019-10-14

Issue

Section

Teaching and Learning