KIT PEMBELAJARAN LITAR SIRI, SELARI DAN SIRI-SELARI
Abstract
Kursus Teknologi Elektrik merupakan satu kursus yang perlu dipelajari oleh pelajar Kejuruteraan Mekanikal dimana pelajar perlu memahami konsep-konsep asas elekrik yang digunakan di dalam mekanikal. Amali di makmal penting untuk menghasilkan graduan kejuruteraan yang berkemahiran tinggi. Walaubagaimanapun ianya selalu mendatangkan masalah kepada pelajar kejuruteraan Mekanikal kerana kelemahan dalam menguasai konsep, ini menyebabkan pelajar tidak dapat membuat penyambungan litar secara efektif seterusnya tidak dapat menganalisis litar untuk mendapatkan bacaan nilai arus dan voltan. Akhirnya ia memberi kesan kepada tahap motivasi pelajar dalam melaksanakan kerja-kerja amali bagi kursus ini khasnya dan kursus-kursus berkaitan litar elektrik dan elektronik amnya. Bagi mengatasi masalah ini satu inovasi pengajaran dan pembelajaran telah dibangunkan. Inovasi ini dinamakan Kit Pembelajaran Litar Siri, Selari dan Siri-Selari. Kit ini mempunyai litar yang dicetak di atas permukaan lutsinar dan komponen ‘plug in’ dengan tujuan untuk memudahkan pelajar mengolah litar untuk tujuan pemahaman. Penggunaan kit pembelajaran ini dapat meningkatkan tahap pemahaman pelajar seterusnya dapat menambahbaik jumlah markah yang diperolehi. Selain itu jumlah masa dalam melaksanakan amali juga dapat dikurangkan dan seterusnya memberi peluang kepada pelajar untuk mencuba amali berulang kali. Inovasi pengajaran dan pembelajaran ini juga dapat memudahkan pensyarah untuk membuat demonstrasi dan seterusnya mencetuskan minat pelajar untuk melaksanakan amali di dalam makmal,
KATA KUNCI: Kit pembelajaran, Litar siri-selari, Trainer
References
Ramli R, Ahmin MAE, Che Ishak A (2017). Kajian Keberkesanan Penggunaan Basic Electrical Training Kit Bagi Kursus Teknologi Elektri (DET1013).e-Proceeding iCompEx17 Academic Paper, 98-105
Md Nor D, Selamat MA, Johari A, Omar R (2005). Pembangunan Dan Penggunaan Pro-Trainer Kit Sebagai Alat Bantuan Pengajaran Dan Pembelajaran Untuk Robotik Dan Sistem Kawalan Elektrik. Konvensyen Teknologi Pendidikan ke-18, 347-352
Mahizan M, Md Zain SN, Abd Hamid ND (2017). Kajian Pembangunan dan Keberkesanan Eperational Amplifier Configuration Trainer Kit Sebagai Alat Bahan Bantu Mengajar (ABBM) Untuk Kursus Electronic Circuit (DEE3043). e-Proceeding iCompEx17 Academic Paper, 159-169
Mok Soon Sang (2000). Pendidikan di Malaysia. Subang Jaya, Selangor: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd
Downloads
Published
Issue
Section
License
Unit Penyelidikan, Inovasi dan Komersialan
POLIMAS