PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PELAKSANAAN KONSEP URUSNIAGA TANPA TUNAI DI POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH (POLIMAS

  • nor azlizah saad commerce department POLIMAS

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk meninjau persepsi pelajar terhadap pelaksanaan konsep urusniaga tanpa tunai di Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (POLIMAS). Penekanan diberikan kepada sikap dan pengetahuan terhadap urusniaga tanpa tunai, pandangan pelajar terhadap pelaksanaan dan faktor-faktor yang boleh mendorong pelajar menggunakan urusniaga tanpa tunai ini.  Seramai 200 orang pelajar POLIMAS dipilih sebagai responden.  Mereka terdiri dari pelajar Jabatan Komunikasi Dan Multimedia, Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Elektrik dan Jabatan Perdagangan yang dipilih melalui kaedah persampelan mudah purposif. Penyelidik menggunakan kajian deskriptif dan mengumpul data melalui kaedah tinjauan yang menggunakan borang soal-selidik.  Hasil penemuan kajian menunjukkan kebanyakan pelajar tahu tentang konsep urusniaga tanpa tunai walaupun jarang-jarang menggunakannya.  Walau bagaimanapun mereka tidak menolak seandainya konsep urusniaga ini dilaksanakan di POLIMAS dan bersedia untuk menukar kaedah pembayaran secara tunai kepada kaedah yang lebih berinovasi dan moden ini.  Isu keselamatan dan privasi merupakan faktor utama yang diambil kira pelajar apabila hendak menggunakan urusniaga tanpa tunai ini.  Namun faktor kemudahan dan kelebihan yang ada pada sistem ini menjadi pendorong untuk pelajar menerima pelaksanaan konsep ini sepenuhnya di POLIMAS.

Published
2019-12-15
Section
Social Science (Finance, Management, Accounting, Business, Humanities)