KAJIAN PENERIMAAN PELAJAR TERHADAP KAEDAH MASSIVE OPEN ONLINE COURSE (MOOC) SEBAGAI MEDIUM PEMBELAJARAN DI POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH, JITRA, KEDAH.

Authors

  • Siti Fatimah Binti Md Azali Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (POLIMAS)
  • Siti Hasmiza Binti Hassan Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (POLIMAS)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti penerimaan pelajar terhadap Kaedah Massive Open Online Course (MOOC) sebagai medium pembelajaran di Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (POLIMAS), Jitra, Kedah. Ini kerana penerimaan pelajar yang positif terhadap MOOC akan mendorong mereka memberikan komitmen sepenuhnya dalam menjayakan Agenda Transformasi Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi dengan memperkenalkan kaedah pembelajaran dan pengajaran secara e-learning. Kajian deskriptif ini bertujuan untuk meninjau penerimaan pelajar terhadap penggunaan MOOC sebagai medium pembelajaran dari aspek tahap pengetahuan, sikap dan tahap motivasi. Instrumen kajian yang digunakan adalah set borang soal selidik yang mengandungi 25 item berskala Likert. Responden terdiri daripada 213 orang pelajar semester 3 bagi semua program di semua jabatan di POLIMAS, Jitra, Kedah. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) Versi 17 untuk melihat min,peratusan dan kekerapan. Hasil kajian menunjukkan responden memberikan jawapan yang positif terhadap kesemua tiga faktor kajian yang dikaji iaitu dari aspek tahap pengetahuan, sikap dan tahap motivasi. Kesemua faktor menunjukkan tahap yang sederhana terhadap penerimaan pelajar terhadap Kaedah Massive Open Online Course (MOOC) sebagai medium pembelajaran. Ini memberi petunjuk bahawa kebanyakan responden mempunyai pandangan positif terdapat penerimaan penggunaan MOOC di  POLIMAS. Pelajar sedar bahawa MOOC diaplikasikan di POLIMAS dan mereka mempunyai tahap pengetahuan MOOC yang sederhana serta mengetahui kelebihan yang diperolehi dari penggunaan tersebut. Dapatan kajian juga menunjukkan pelajar bersedia menggunakan MOOC pada bila-bila masa dan selalu mendapatkan bahan pembelajaran melalui MOOC, namun mereka masih bersikap sederhana dan kurang bermotivasi untuk melaksanakannya kerana penggunaan MOOC hanya dilaksanakan melalui beberapa kursus tertentu sahaja.

 

Kata kunci: Penerimaan, pengetahuan, sikap, motivasi dan MOCC

Keywords : Acceptance, knowledge, attitude, motivation and MOCC

References

Abd Rashid Abd. Rahim (2001). Nilai-nilai murni dalam pendidikan. Kuala Lumpur: Cergas (M) Sdn. Bhd.

Abdul Rahim Bin Hamdan dan Nurul Shahrina Binti Shaharin. (2007). Kesediaan Pelajar Mempelajari Mata Pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam Di Sekolah Menengah Teknik Tuanku Jaafar, Seremban. Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia.

Ahmad, A. N., Mustaffa, M., Hussain, S.N. (2013). Penggunaan ICT Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran; Satu Kajian Di Jabatan Pengajian Am. Politeknik Merlimau Melaka.

Azizi Yahya, Jaafar Sidek Latif, Shahrin Hahim dan Yusof Boon (2006). Psikologi Sosial Alam Remaja. Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn.Bhd.

Aiken, L. R. (2000). Psychological testing and assessment (10th ed.). Boston: Allyn & Bacon.

Bronack S. C. and Kilbane, C.R (1998). CaseNET:Teaching decisions via a Web-based learning environment. Paper presented at the annual meeting of the Society for Information Technology and Education, Washington, D.C.

Dawam, S. R. M., Ahmad, K. A., Jusoff, K., Tajuddian, T., Elias, S. J., & Mansor, S. W. (2009). The use of ICT in public and private institutions of higher learning, Malaysia. Computer and Information Science, 2(4), 122

Faridah Binti Jamil @ Amat dan Zain Binti Retas (2012) Kesediaan Penggunaan E-Learning Di Kalangan Pelajar Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi. Jabatan Kejuruteraan Elektrik Politeknik Merlimau, Melaka. Jurnal KPT6044

Hara, T., P. D. Moskal and C. Saarinen. 2013. Preliminary analyses of a cutting-edge knowledge distribution method of MOOC (Massive, Open, Online Course) to teach tourism as an industry: eLearning in the regional tourism information system framework. Proceedings of the 3rd International Conference on the Measurement and Economic Analysis of Regional Tourism, Medellin, Columbia. American Chapter, 6–7 November

Ihmaamie Abdul Ghani Azmi & Wan Suryati Wan Ahmad (2008). Pengaruh sikap dan demografi ke atas produktiviti kerja pensyarah muslim: Kajian di Universiti Malaya. Shariah Journal, 16 , 321-344.

Jones, K.H, Womble, M. and Searcy, C.A (1996). T & I Education Students. Perceptions Of Cources. Journal Of Industrial Teacher Education. 34. 82 – 101.

Kamus Dewan (2017). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia.

Kamus Dewan (2002), Edisi ke tiga, Kuala Lumpur: Dewan bahasa Dan Pustaka.

Kamus Pelajar, Bahasa Malaysia (1988), c. 3, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka

Mueller, D. J. (1986). Measuring social attitudes. New York: Teachers College.

Mohamad Najib Abdul Ghafar (1999).Penyelidikan Pendidikan. Johor Bahru:Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.

Nor Syahilia Aris dan Faizatul Hafilah Abdul Halim (2017) Persepsi Pengguna Terhadap Pembelian Secara Atas Talian, Journal of Technical and Vocational Education. Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Robert V. Krejcie and Daryle W. Morgan (1970) Determining Sample Size For Research Activities, Educational And Psychological Measurement 1970, 30, 607-610.

Santrock, J.W. (2005).Psychology, Seven Edition. Boston.: McGraw Hill.

Taidin Suhaimin (2010).Motivasi, Teknik Belajar dan Strategi Menghadapi Peperiksaan UCMG. Ohio. USA.

Yahaya, Noraffandy and Ling, Ning Ning (2011) Kesediaan penggunaan e-learning di kalangan pelajar tahun kedua kursus Sarjana Muda Sains, Komputer Serta Pendidikan, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia - satu tinjauan. Jurnal of Educational Social Science, 1 . pp. 121-140. ISSN 2231-7333

Yusri bin Kamin (2000). Perkembangan Profesionalisme Graduan Kemahiran Hidup Lulusan UTM di Sekolah-sekolah di Negeri Johor. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Master.

Sumber Berita Cetakan

Bong, M., & Skaalvik, E. M. (2003). Academic Self-Concept and Self-Efficacy: How Different Are They Really? Educational Psychology Review, 15, 1-40. http://dx.doi.org/10.1023/A:1021302408382

BPDA Detroit Chapter (n.d.). MOOCs: Top 10 Sites for Free Education With Elite Universities. Retrieved February 12, 2014, from http://www.bdpadetroit.org/portal/index.php/comittees/high-school-computer-competition-hscc/29-education/57- moocs-top-10-sites-for-free-education-with-elite-universities.html

Chris, P. (2013, October 17). Mooc creators criticise courses’ lack of creativity | News | Times Higher Education. Retrieved February 12, 2014, from http://www.timeshighereducation.co.uk/news/mooc-creators-criticise-courses-lack-ofcreativity/2008180.article

Cormier, D. (2010, December 8). What is a MOOC? [Video file].Retrieved from http://www.youtube.com/watch?v=eW3gMGqcZQc

Kamus Oxford (Oxford University Press, 2014)Oxford University Press. (2014). In Oxford Dictionaries: Language matters. Retrieved from http://www.oxforddictionaries.com/definition/english/motivation

Downloads

Published

2018-12-31

Issue

Section

Teaching and Learning