HUBUNGAN FAKTOR SIKAP, MINAT, KAEDAH PEMBELAJARAN, PERSEKITARAN DAN PENGAJARAN PENSYARAH TERHADAP PENCAPAIAN PELAJAR KURSUS PRINSIP PEMASARAN (DPM1013) DI POLIMAS

Authors

  • Siti Hasmiza Binti Hassan Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (POLIMAS)
  • Siti Fatimah Binti Md Azali Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (POLIMAS)

Abstract

Prinsip Pemasaran merupakan satu kursus teras bagi pelajar-pelajar yang mengambil jurusan pemasaran. Pencapaian yang baik bagi kursus ini memberi peluang dan jaminan yang kuat untuk meneruskan bidang pemasaran dengan jayanya. Berdasarkan statistik keputusan kursus Prinsip Pemasaran (DPM1013) bagi tempoh tiga sesi bermula sesi Jun 2015 hingga Sesi Jun 2017 telah menunjukkan skor nilai mata tiga dan ke atas berada pada tahap rendah. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti hubungan di antara faktor-faktor yang dikaji dengan pencapaian pelajar dalam menguasai kursus Prinsip Pemasaran di Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Jitra Kedah. Lima faktor yang dikaji adalah hubungan di antara sikap, minat, kaedah pembelajaran, persekitaran politeknik dan pengajaran pensyarah dengan pencapaian pelajar dalam menguasai kursus Prinsip Pemasaran ini. Populasi kajian adalah seramai 222 orang pelajar diploma pemasaran semester dua bagi sesi Jun 2017 dan Disember 2017. Instrumen yang digunakan adalah soal selidik. Nilai alpha bagi keseluruhan item yang dibina ialah 0.938. Data kajian dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) version 20.0 iaitu korelasi Pearson untuk melihat hubungan dan perkaitan di antara lima faktor yang dikaji dengan pencapaian pelajar dalam menguasai kursus Prinsip Pemasaran. Hasil kajian menunjukkan faktor sikap pelajar mempunyai perkaitan yang rendah dengan pencapaian pelajar dalam menguasai kursus Prinsip Pemasaran. Manakala faktor minat pelajar, kaedah pembelajaran, persekitaran politeknik dan pengajaran pensyarah mempunyai perkaitan yang lemah dengan pencapaian pelajar dalam menguasai kursus ini. Beberapa cadangan dikemukakan sebagai satu garis panduan untuk kajian lanjutan bagi meningkatkan pencapaian pelajar Diploma Pemasaran dalam kursus teras mereka iaitu Prinsip Pemasaran. 

References

Ab. Aziz Yusof dan Zakaria Yusof (2004). Prinsip Keusahawanan. Petaling Jaya. Prentice Hall.

Abdul Fatah Hasan (2001). Penggunaan Minda Secara Optimum Dalam Pembelajaran. Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd.

Abu Bakar, Zainudin dan Tumin, Fazilah (2010). Hubungan Antara Minat Pelajar Dan Sikap Ibu Bapa Dengan Prestasi Matematik Terbaik Pelajar program Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Matematik) Dan Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan (Matematik) Di Fakulti Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia. Universiti Teknologi. Pp. 1-11.

Akinleke Wasiu Olaitan (2012). Kajian Kesan Faktor Ciri-ciri Latarbelakang dan Sekolah Terhadap Kepuasan dan Prestasi Pelajar Kolej. Journal of Education and Practice, Vol.3,No.8.

Asnul Dahar dan Anasyuhada (2007). Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Kecemerlangan Dalam Pencapaian Akademik Pelajar-pelajar Tahun Empat Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam, Elektrik, Mekanikal) Di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

Awodun, A. O. Oni. S. A.,& Aladejana, A. L. (2014). Students’ Variables as Predictor of Secondary School Students’ Performance in Physics. International Journal of Scientific and Research Publications, Vol. 4, Issue 8, August 2014.

Azizi Hj. Yahaya, Jamaluddin Ramli dan Yusof Boon (2007). Sumbangan Sikap Terhadap Pencapaian Pelajar Dalam Matapelajaran Matematik: Sejauhmanakah Hubungan Ini Relevan?

Ahmad Rizal Madar, Nurul Akmar Kamaruddin dan Saifullizam Puteh (2005). Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pencapaian Pelajar Dalam Menguasai Mata Pelajaran Kejuruteraan Di Politeknik-Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Prosiding Seminar Pendidikan JJPG 2005. Muka surat 52-59.Fakulti Pendidikan Teknikal Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn

Chong Chee Kong (2003). Hubungan antara sikap, minat dan persepsi dengan prestasi matematik pelajar Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Confucian, Kuala Lumpur. Tesis Sarjana Muda. Fakulti Pendidikan, Unversiti Teknologi Malaysia.

Hasmah (2014). Pengaruh Faktor persekitaran terhadap Kecemerlangan Akademik Pelajar Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan serta Pelajar Fakulti Kejuruteraan Elektrik. Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, Universiti Tun Hussein Onn.

Heller, K. (2010). Strategies for Learning to Solve Physics Problems. Dipetik pada Jan, 1, 2016 dari https://www.aapm.org/meetings/2010SS/documents/Heller.pdf

Hinkle, D.E.,Wiersma, W., & Jurs, S.G. (1998). Applied Statistics For Tha Behavioral Sciences. Boston: Houghton Mioffin Company.

Ismail, M. & Marzuki,M. (2000). Kajian Terhadap Penggunaan Bahasa Arab Sebagai Bahasa Interaksi Di Sekolah-sekolah Menengah Agama Negeri Johor. Johor: UTM.

Jarrio, M.M. (2014). Attendance in Introductory Physics Courses. Dipetik pada Jan, 5, 2016 dari http://people.physics.gatech.edu/~courses/2014/Fall/2211/ABC/main/Announcements/attendance/data_ att.html

Jones, K.H, Womble, M. and Searcy, C.A (1996). T & I Education Students. Perceptions Of Cources. Journal Of Industrial Teacher Education. 34. 82 – 101.

Kamus Dewan (2000), Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka

Kamus Dewan (Edisi Ke Empat). (2007). Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka

Karemera, D. 2003. The Effects of academic environment and background characteristics on students' satisfaction and performance: The Case of South Carolina State University's School of Business. College Student Journal, 37(2): 298- 11.

Masita Miskam (2002).Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pencapaian Dalam Mata Pelajaran Di Kalangan Aliran Teknik dan Vokasional di Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional Negeri Johor. Tesis Sarjana Muda. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

Mohamad Johdi Salleh, Mazliza Kamin & Jane F.H. (2012). Kajian Terhadap Faktor-faktor Mempengaruhi Pencapaian Pelajar Dalam Penilaian Menengah Rendah di Sabah. Labuan International Conference on Education Research. Dipetik pada Julai, 1, 2016 dari http://irep.iium.edu.my/26876/1/Full_Paper_LICER_Faktor _Pencapaian_Akademik_PMR_di_Sabah .pdf

Mohd Noor Badlilshah Abdul Kadir, Mohd Mustamam Abdul Karim, & Nurulhuda Abd. Rahman (2015). Sikap Terhadap Pembelajaran Fizik Dan Hubungannya Dengan Pencapaian Dalam Kalangan Pelajar Sains. Seminar Kebangsaan Pendidikan Negeri Kali ke 5. Disember 2015. Muka surat 56

Mohd Razali, S (2015).Pencapaian Kursus Matematik Atau Statistik Di Kalangan Pelajar UTHM: Punca Kelemahan Dan Teknik Pengajaran Dan Pembelajaran Yang Lebih Diminati. Prosiding Persidangan Antarabangsa Knmelestarian Insan kali ke-2 (2015).pp 339-361. The Royale Bintang Resort & Spa, Seremban.

Muhammad Shukri Salleh, Meer Zhar Farouk bin Amir Razli dan Mohd Zahari Yusoff (2006). Faktor-faktor Mempengaruhi Pencapaian Akademik Yang Rendah di Kalangan Mahasiswa/i Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kelantan bagi Semester Disember 2005-Mei 2006. Universiti Teknologi MARA Kampus Kelantan.

Nasriq (2012). Ulasan Akademik Terhadap Permasalahan Pelajar. Artikel. Fakulti Mekanikal dan Pembuatan. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Noor Erma Binti Abu dan Leong Kwan Eu (2014). Hubungan Antara Sikap, Minat, Pengajaran Guru Dan Pengaruh rakan Sebaya Terhadap Pencapaian Matematik Tambahan Tingkatan 4. JuKu: Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik (Januari 2014, Bil. 2 Isu 1)

Noraini Omar (2008). Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran Pendidikan Islam Tingkatan Lima. Jurnal Pendidikan, Institut Perguruan Tun Abdul Razak, Sarawak.

Norhani B., Noor Z.A.R, Hamidah A.R dan Aminah A.K.(2005), Punca Prestasi Pembelajaran Pembelajaran yang Lemah Di Kalangan Pelajar Fakulti Pengurusan Dan Pembangaunan Sumber Manusia. Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. Jurnal Teknologi, 43(E), ms 29-44.

Nur Shazlina Saat dan Hartini Jaafar (2012). Faktor-faktor Mempengaruhi Pencapaian Akademik Pelajar Dalam Mata Pelajaran Prinsip Perakauanan: Kajian Di Daerah Kota Bharu, Kelantan. Seminar Penyelidikan Kebangsaan 2015. Muka surat 983-993.

Osman, M. T. (2004). Universiti Dan Tradisi Kecemerlangan. Terbitan Universiti Malaya Kuala Lumpur ISBN 983-100-182-6
Pusat Rujukan Persuratan Melayu (2016). Dewan Bahasa dan Pustaka. Dipetik pada Jun, 5, 2016 dari http://prpm.dbp.gov.my

Rohani Arba’a, Hazril Jamil dan Nordin Abd Razak (2010). Hubungan Guru-guru Dan Kaitannya dengan Komitment Pelajar Belajar: Adakah Guru Berkualiti Menghasilkan Perbezaan Pembelajaran Antara Jantina Pelajar?.Jurnal Pendidikan Malaysia. 35(2): ms 61-69.

Sabri Ahmad (2003). Siri pengajian dan Pendidikan Utusan: Kemahiran Belajar berkesan. Kuala Lumpur: Utusan Publication and Distributors Sdn. Bhd.

Shaari, A. S., Mohd Yusoff, N., Ghazali, M. I., Osman, R. (2012). Hubungan antara gaya pengajaran pensyarah dengan penglibatan akademik pelajar universiti.

Schloss, P.J. dan Smith, M.A. (1999), Conducting Research. Upper Saddle River, New Jersey: Prentice Hall.

Shafini Ibrahim (2005). Pengaruh Budaya Sekolah Terhadap Pengajaran Guru Tingkatan 3 mata Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu. Tesis Ijazah Sarjana Muda, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.

Sintayehu, M. (2014). Problems Challenging the Academic Performance of Physics Students in Higher Governmental Institutions in the Case of Arbaminch, Wolayita Sodo, Hawassa and Dilla Universities. Natural Science Journal, 6: 362-375.

SPMP POLIMAS.(2017). Taburan Skor Keputusan Pencapaian Pelajar Sesi Jun 2015 hingga Jun 2017. Diakses daripada www.polimas.edu.my pada 20 Disember 2017

Su Swariat,A.O. (2012). Activity Matters: Understanding Student Interest in School Science. Journal of Research in Science Teaching Vol. 49, Issue 4, pp 515-537.

Suhana Ramli dan Intan Noor Dzalika Azis (2016). Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pencapaian Pelajar Dalam Kursus Matematik Kejuruteraan 2 (DBM 2013) Di Politeknik Mukah. Technology and Innovation (TECHON) 2016. National Conference 2016. The waterfront Hotel.
Sulaiman (2004), Pengenalan Pedagogi, Johor: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.

Sulaiman Masri (2005). Kaedah Penyelidikan dan Panduan Penulisan (essei, proposal, tesis). Utusan Publication. Kuala Lumpur.

Tengku Sharifah Tuan Yusoff (2004). Masalah Minat Pelajar-pelajar Tahun 6 dan Pendekatan Guru Terhadap Soalan Penyelesaian Masalah bagi Mata Pelajaran Matematik: Satu Tinjauan di Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian 1 di Negeri Kelantan. UPSI, Perak.

Wan Mohd Fazli Wan Yusop (2014). Faktor Yang Mendorong Pencapaian Akademik Pelajar Dalam Program Kimpalan Di Kolej Vokasional. Tesis Ijazah Sarjana Pendidikan Teknikal. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Wan Muhammad Saidi (2012).Faktor Penyumbang Utama Terhadap Pencapaian Akademik Pelajar Di Sekolah Menengah Berprestasi Cemerlang Dan Kuramg Cemerlang Di Negeri Kelantan: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Yahya Samian, N. M. (2012).Student’s Perception on Good Lecturer Based on Lecturer Performance Assessment. International Conference on Teaching and Learning in Higher Education (ICTLHE 2012) Inconjuction with RCEE & RHED 2012.

Yusri bin Kamin (2000). Perkembangan Profesionalisme Graduan Kemahiran Hidup Lulusan UTM di Sekolah-sekolah di Negeri Johor. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Master.

Zainun Shaffian (1991). Latar Belakang dan Sikap Pelajar-pelajar Melayu dan Kaitannya Dengan Prestasi Dalam Mata Pelajaran Matematik Moden. Tesis Sarjana Muda. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Zakariya, Y. F. & Bamidele, E.F. (2015). Investigation Into The Causes Of Poor Academic Performance In Mathematics Among Nigerian Undergraduate Students. World Journal of Social Science And Humanities, vol 1, No 1.1-5

Downloads

Published

2018-12-31

Issue

Section

Teaching and Learning