KAJIAN KEPUASAN GRADUAN TERHADAP KUALITI PROGRAM DIPLOMA PERANCANGAN BANDAR DAN WILAYAH DI POLITEKNIK

Authors

  • IZZA SHAFINI ZAINAL ABIDIN POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MUADZAM SHAH

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kepuasan graduan Program Diploma Perancangan Bandar dan Wilayah dari Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah terhadap kualiti program diploma yang mereka ikuti.  Kaedah persampelan rawak mudah digunakan ke atas 673 graduan yang telah menamatkan pengajian dari tahun 2013 hingga 2017. Seramai 157 graduan telah mengambil bahagian dalam kajian ini.  Pendekatan kajian adalah pendekatan kuantitatif berbentuk tinjauan menggunakan instrumen soal selidik  skala Likert empat (4) poin untuk mengumpulkan data kajian. Kajian membincangkan tahap kepuasan graduan dalam aspek hasil pembelajaran kursus dengan keperluan pekerjaan serta kewajaran kursus dengan keperluan industri. Analisis menunjukkan nilai purata min bagi hasil pembelajaran kursus ialah 3.40. Manakala purata min bagi kewajaran kursus dengan keperluan industri ialah 3.31.. Secara keseluruhannya, dapatan menunjukkan responden berpuashati dengan kualiti kurikulum program yang menyediakan mereka dengan keperluan industri. Hasil dapatan kajian ini diharapkan dapat menjadi panduan kepada pihak pengurusan tertinggi untuk membuat penambahbaikan dalam meningkatkan kualiti kurikulum kepada pelajar.

 

Kata Kunci: kepuasan graduan, kualiti program, keperluan industri

References

Elliot, K. M. & Shin, D. (2002). Student satisfaction: An alternative approach to assessing this important concept. Journal of Higher Education Policy and Management, 24 (2)
Engel, J. & Blackwell, R. D. (1995). Consumer Behavior. Forth Worth: Dryden Press.
Hamidah Abdul Rahman, Zainab Khalifah, Shoki Arif, Rosnah Sirin, Hafilah Zainal Abidin, & Norzarina Sulong. (2007). Kajian mengenai tahap kualiti pendidikan tinggi dari perspektif pelajar di Universiti Teknologi Malaysia. Universiti Teknologi Malaysia, Pusat Penyelidikan Pengajian. Laporan Projek yang tidak diterbitkan.
Haque, M. S. (2004). Quality management issues in business education in Bangladesh: A synoptic review based on Canadian and European papers. Management Forum 2004, 1-10.
Hill, F. M. (1995). Managing service quality in higher education: The role of the students as primary consumer. Quality Assurance in Education, 3 (3), 10 - 21.
Kotler, P. (2000). Marketing Management. 10 th ed. New Jersey, USA: Prentice-Hall.
Mohammad A. Ashraf & Yusnidah Ibrahim. (2009). Quality Education Management at Private Universities in Bangladesh. An Exploratory Study. Jurnal Pendidikan dan Pendidikan. (24), 17 - 32.
Moogan, Y., Baron, S. & Bainbridge, S. (2001). Timings and Trade-Offs in the Marketing of Higher Education Courses: A Conjoint Approach. Marketing Intelligence and Planning, 19 (3), 179 - 187.
MOSTI. (2015). Malaysian Standard Online. (MOSTI, Producer) Retrieved March 13, 2015, from Malaysian Standard Collections: https://www.msonline.gov.my/display.php?view=65
Oldfield, B. M. & Baron, S. (2000). Students perceptions of service quality in a UK University Business and Management Faculty. Quality Assurance in Education, 8 (2), 85 - 95.
Rose Alinda Alias & Azizah Abdul Rahman. (2001). Persepsi Kualiti Servis Sistem Maklumat di IPTA: Kajian Kes Universiti Teknologi Malaysia. Seminar Sosio-Ekonomi dan IT, 1 - 10. Universiti Utara Malaysia.
Toh, W. S. (2005). Metodologi Kajian Kepuasan Pelanggan Maktab-Maktab Perguruan Malaysia: Satu Cadangan. Jurnal Penyelidikan Maktab Perguruan Batu Lintang, 1 - 10.
Wilkie, W. (1994). Consumer Behavior. New York, USA: Wiley.

Downloads

Published

2018-12-31

Issue

Section

Teaching and Learning