PENGAPLIKASIAN KONSEP PENYELESAIAN MASALAH BERASASKAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) DALAM AMALAN PENGAJARAN GURU PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH DI NEGERI KEDAH
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti amalan pengajaran di kalangan guru Pendidikan Islam (GPI) menerusi kaedah penyelesaian masalah berasaskan elemen kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Kajian secara kualitatif di Negeri Kedah yang melibatkan temubual dan pemerhatian bersama dua orang guru pendidikan Islam (GPI). Kaedah penyelesaian masalah diteliti berfokuskan empat tahap pemeringkatan mengikut teori George Polya iaitu memahami masalah, merancang strategi,melaksanakan strategi dan menyemak semula. Hasil temubual itu ditadbir urus dengan program N’vivo versi 7 untuk menghasilkan tema dan jadual matrik berkaitan amalan pengajaran berdasarkan konsep penyelesaian masalah. Dapatan kajian memperlihatkan terdapat kewujudan kesamaan pendekatan yang disarankan oleh George Polya dengan kaedah yang digunakan oleh kedua-dua guru pendidikan Islam tersebut. Walau bagaimanapun terdapat perbezaan di dalam corak penyelesaian masalah mengikut aras keupayaan pelajar. Kedua-dua GPI menyedari kepentingan menggunakan pendekatan penyelesaian masalah bersumberkan maklumat kefahaman pelajar terhadap isi dan konsep pelajaran. Pendekatan penyelesaian masalah ini diintegrasikan dengan komponen di dalam KBAT iaitu menganalisis, menilai dan menjana idea terhadap isi kandungan pendidikan Islam. Jalinan keupayaan penyelesaian masalah ini bermatlamat melahirkan pelajar yang dapat membentuk pemikiran secara kreatif dan kritis. Keseluruhan daripada kajian ini menunjukkan kepentingan untuk guru menggunakan pendekatan penyelesaian masalah di dalam membentuk dan menepati kehendak pengajaran yang berteraskan KBAT
Kata kunci : KBAT, kaedah penyelesaian masalah, amalan pengajaran
Downloads
Published
Issue
Section
License
Unit Penyelidikan, Inovasi dan Komersialan
POLIMAS