KEBERKESANAN KEFAHAMAN PENGGUNAAN MODEL VISUAL OF COMMERCIAL PLANNING STANDARD OLEH PELAJAR DIPLOMA PERANCANGAN BANDAR DAN WILAYAH DALAM PENYEDIAAN PELAN CADANGAN SUSUN ATUR PERNIAGAAN
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk membangunkan Model Visual of Commercial Planning Standard (VoCPS) sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran dan seterusnya mengkaji keberkesanan kefahaman penggunaan model tersebut oleh pelajar Diploma Perancangan Bandar dan Wilayah dalam penyediaan pelan cadangan susun atur perniagaan. Responden terdiri daripada 36 pelajar Semester 3, Diploma Perancangan Bandar dan Wilayah, Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah bagi kursus DCP3095 – Planning Studio 3. Kajian deskriptif menggunakan data-data kuantitatif telah digunakan untuk mengukur keberkesanan penggunaan Model VoCPS yang telah dibangunkan. Tahap keberkesanan ini diukur berasaskan kepada tahap kefahaman pelajar yang dinilai melalui kaedah soal selidik dan prestasi akademik pelajar. Dapatan kajian menunjukkan pemahaman terhadap perincian item piawaian perancangan perniagaan telah meningkat sangat ketara selepas pengajaran menggunakan model ini dan pelajar menunjukkan minat yang tinggi dalam membuat rujukan. Dapatan kajian juga mendapati bahawa pelajar lebih berminat, fokus, bersemangat dan bermotivasi dalam menghasilkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah. Dapatan kajian melalui prestasi akademik pelajar berdasarkan keputusan penilaian berterusan mendapati bahawa pelajar Sesi Jun 2016 mencatatkan kadar gred kelulusan yang lebih baik berbanding dengan pelajar Sesi Disember 2015. Oleh yang demikian, model sebegini perlu diketengahkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di politeknik dalam usaha melahirkan pelajar selari dengan arus kemajuan ICT di Malaysia.
Downloads
Published
Issue
Section
License
Unit Penyelidikan, Inovasi dan Komersialan
POLIMAS